Header image header image 2
 
traditional massage, reflexology, aromatherapy, manhood massage

call us for reservation/appointment at 016-9082840 / 016-2575425

 
 
Urutan Tradisional...

Kaedah Urutan Tradisional telah dipercayai turun temurun sebagai pakej alternatif dalam penjagaan kesihatan. Refleksologi, urutan badan, aromaterapi dan urutan tenaga batin merupakan antara urutan-urutan tradisional yang diamalkan oleh pelbagai rumpun masyarakat di dunia.

Masyarakat Melayu di Malaysia umpamanya, memberi kepercayaan kepada kaedah-kaedah terapi tradisional ini untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran badan, melegakan sendi-sendi dan otot-otot daripada sengal-sengal serta berbisa. Kaedah urutan ini juga dipercayai mampu melancarkan peredaran darah, memulihkan dan mengembalikan tekanan dan denyutan jantung ke paras normal.

Terapi tradisional tanpa kesan sampingan ini telah dipraktikkan secara meluas bagi masyarakat melayu di desa mahu pun dikota sejak zaman dahulu sehingga ke hari ini. Kepenatan selepas melakukan tugas seharian lenyap bersama tarian kombinasi jari-jari dan tapak tangan si tukang urut yang sabar memberikan khidmat urutan secara eksklusif.

Kami berbangga kerana dapat mewarisi dan meneruskan warisan salah satu khazanah melayu yang diamalkan sejak dahulu kala. Walaupun zaman berlalu berganti zaman, menggantikan pondok usang ke era rumah batu, namun kaedah urutan tradisional ini mampu dikekalkan tanpa penggunaan medium lain yang canggih seperti mesin urut, mahupun alat bantuan seperti kayu dan batu.

Kami mengekalkan keaslian dengan penggunaan tangan, tanpa alat-alat bantuan lain, kerana keaslian itu suatu khazanah, warisan kita... jangan ditinggalkan...

 
 


OUR THERAPISTS


azhar
Muhammad Azhar

zarul
Zahrul Zul

 
 

free counter
Ramada Inn Promo Codes