| |
Seni Urutan Tradisional
|
| |
Seni urutan datang daripada tindakbalas naluri manusia iaitu apabila terdapat bahagian
anggota badan kita yang bengkak akibat hentakan atau pelanggaran dengan sesuatu, kita akan
mengurut bahagian tersebut secara perlahan-lahan sehingga kesakitan dan kawasan membengkak
tadi berasa sedikit lega. Tindakbalas naluri inilah telah menjadi asas yang dikembangkan
sedikit demi sedikit, dari satu generasi ke generasi seterusnya sehingga menjadi sains dan
seni penyembuhan yang lebih sofistikated.
Urutan tradisional merupakan satu kaedah saintifik yang memanipulasikan tisu-tisu dalam badan
untuk menghasilkan tindakbalas dan kesan tertentu. Antara objektif-objektis urutan
tradisional adalah mengembalikan fungsi-fungsi badan ke tahap normal, meleraikan ketegangan
serta meningkatkan kerehatan. Terapi urutan tradisional ini mampu memperbaiki sistem-sistem
seperti otot, rangka, pencernaan, pernafasan, peredaran darah, endokrin, saraf, emosi dan
mental.
Terapi refleksologi merupakan satu lagi terapi urutan tradisional lengkap yang berkonsepkan
zon-zon refleks yang terdapat di telapak kaki dan tangan serta kaitannya dengan organ-organ
dalam badan kita. Dengan hanya urutan di telapak kaki akan memberikan manfaat kepada
keseluruhan sistem dalam badan. Terapi refleksologi dipercayai amat mujarab untuk mengekalkan
kesihatan tubuh badan.
Ketegangan (stress) yang sering membelengui kehidupan kita boleh mengakibatkan kekejangan
otot. Fenomena ini mengurangkan kelancaran pengaliran darah selaku ejen pengangkutan yang
penting dalam sistem badan kita. Pengaliran darah yang tidak lancar turut menghalang
kelancaran penghantaran oksigen dan elemen-elemen penting yang dihantar melalui darah ke
otot-otot dan organ-organ. Kekejangan (tension) boleh menyebabkan penghasilan toksin dalam
badan yang mengurangkan aliran tenaga. Kekejangan juga membawa kepada simptom kelesuan,
kurang cergas, kesakitan, sengal-sengal dan kekejangan otot, yang seterusnya menganggu
struktur rangka.
Elakkan daripada gejala-gejala yang akan menggabungkan masalah-masalah yang sedia ada dalam
badan, apakan lagi mewujudkan masalah-masalah lain. Luangkan masa anda untuk menjalankan sesi
terapi urutan tradisional, ia membantu kepada kerehatan, menghilangkan kekejangan dan
ketegangan dalam badan.
Dalam sistem seksual pula, Premature Ejaculation (Pancut awal), Hernia (Angin Pasang) and
Erectile Dysfunction (Lemah/Mati Pucuk) adalah antara masalah seksual lelaki. Krisis
kesihatan ini telah banyak menyebabkan individu gagal mendapat kepuasan seksual dan
seterusnya mengakibatkan tekanan dan ketegangan (stress and tension).
Jadilah individu yang sentiasa sihat dengan menghadiri sesi terapi / urutan tenaga batin
secara tradisional sebagai usaha untuk merawat dan mengekalkan kesihatan dalaman/seksual
anda. Perkhidmatan ini bukan difokuskan kepada individu bermasalah sahaja, biasanya individu
yang menjalani sesi terapi ini adalah dari golongan sihat dan ingin mengekalkan kesihatan dan
kesegaran tubuh badan.
Pakej-pakej Urutan Tradisional merangkumi terapi tefleksologi, urutan badan dan tenaga batin.
Kami menggabungkan teknik aromaterapi Thai dan urutan tradisional melayu dalam pakej terapi
kami, suatu kombinasi yang mampu memberi kesegaran dan meningkatkan kerehatan kepada tubuh
badan anda.
|
|
|